Salam sejahtera,
Perjalanan ke Melaka mengambil masa hampir 12 jam dari Sungai Petani pada 17 September 2012. Lebuhraya Utara Selatan menjadi jam seumpama balik dari bercuti Hari Raya Aidilfiti. Kami bertolak jam 3 petang dan sampai di Naza Hotel jam 2 pagi. Selesai check in, hanya sempat lelapkan mata pada jam hampir 5 pagi. Jam 7 pagi sudah bersedia untuk sarapan. Jam 8 pagi kami sudah berada di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Owh! Sungguh penat dan letih. Tidak dapat digambarkan dengan kata- kata.
Setelah sampai, kami telah membuat pendaftaran. Jam 9 pagi taklimat di Dewan Tun Fatimah. Di sinilah wakil kami telah mencabut undi dan kami mendapat nombor 9 untuk pembentangan. Pembentangan dijadualkan pada jam 2 petang bertempat di Dewan Seri Melor.tepat jam 3 petang, giliran kumpulan Bitara membentangkan hasil inovasi. Pembentangan selama 10 minit dibentang oleh Puan Faridah Bt Abdul Rahman, manakala demo dijalankan oleh Puan Mary Magdalene dan En Thanabalan a/l Muniandy. Alhamdulillah, pembentangan dapat dilaksanakan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.
Hari ini 19 September 2012, pada jam 8 hingga 10 pagi, kumpulan BITARA akan mengadakan pameran.
Kepada semua, doakan kejayaan Kumpulan BITARA.
Membuat persediaan untuk pameran.. Rakan-rakan pensyarah dari IPG KSAH turut membantu..Terima kasih yang tidak terhingga. Budi baik tuan puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang luar biasa...
No comments:
Post a Comment