Sunday, 16 September 2012

Persiapan Terakhir Kumpulan Bitara Ke Melaka

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Kumpulan BITARA sedang giat membuat persiapan terakhir umtuk ke Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM di Melaka pada 18-19 September 2012. Doakan kejayaan kami ye!!! Dalam persiapan terakhir banyak kerja-kerja telah dilakukan secara teliti bagi memenuhi kehendak juri di pertandingan tersebut.
Kumpulan BITARA akan diwakili oleh Encik Thanabalan a/l Muniandy, Puan Mary Magdalene dan Puan Faridah bt Abdul Rahman. Sedikit perubahan telah dibuat memandangkan pihak penganjur memerlukan 3 orang sahaja dalam pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, inovasi ini adalah hak cipta bersama rakan-rakan lain kerana ia dilakukan bersama-sama. Kumpulan BITARA IPG KSAH bukan lagi sekadar mewakili Jabatan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan. Kini kumpulan BITARA telah mewakili IPG KSAH ke peringkat kebangsaan.
Banyak nilai yang telah diperolehi dalam menjayakan inovasi ini. Keakraban sesama ahli terjalin dengan begitu indah sekali. Apa yang lebih penting, kita dapat melihat dan merasakan kepentingan dan keperluan sesama ahli. Semua ahli menyumbang tenaga dan idea, tidak kira masa atau kepentingan diri sendiri. Begitulah indah sekali kehidupan ini jika kita saling hormat-menghormati. Keputusan bersama yang diambil tidak sewenang-sewenangnya diubah kerana kita mengamalkan demokrasi. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, maka runtuhlah sesebuah organisasi itu.
Jauh di sudut hati kumpulan BITARA, kami mahukan yang terbaik, prestasi yang cemerlang agar kami dapat melestarikan apa yang dilaksanakan. Apa yang penting, perancangan yang bijak, dapat dilaksanakan dengan cemerlang agar dapat dimanfaat kepada semua warga pendidik dan anak-anak murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment