Bagi projek kedua, kumpulan Bitara telah membuat beberapa penyelidikan, di mana tentang keperluan yang dikehendaki oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dalam menjalani ujian SEGAK di sekolah. Maka kumpulan Bitara telah mengambil inisiatif untuk mengorak langkah demi kehendak dan keperluan semasa. Atas keputusan mesyuarat, kumpulan Bitara memutuskan, bagi tahun 2012, kumpulan ini akan melaksanakan KIK yang bertema:
KE ARAH PENAMBAHBAIKAN
PENTADBIRAN DAN PEMARKAHAN
UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
(SEGAK)
Sumbangan Kepada Kerajaan
Ujian Jangkauan Melunjur merupakan salah satu ujian yang penting dalam SEGAK. Ianya dapat menguji tahap fleksibiliti pelajar samada pelajar berada dalam tahap yang tinggi, sederhana atau rendah. Diharapkan dengan inovasi ujian ini ia dapat mengurangkan masa murid menunggu, masa guru untuk memproses data mentah serta dapat meningkatkan hasil kerja guru serta mengurangkan beban kerja guru khususnya.
No comments:
Post a Comment