Tuesday, 18 September 2012

Pertandingan Kreativiti & Inovasi

Salam sejahtera,
Perjalanan ke Melaka mengambil masa hampir 12 jam dari Sungai Petani pada 17 September 2012. Lebuhraya Utara Selatan menjadi jam seumpama balik dari bercuti Hari Raya Aidilfiti. Kami bertolak jam 3 petang dan sampai di Naza Hotel jam 2 pagi. Selesai check in, hanya sempat lelapkan mata pada jam hampir 5 pagi. Jam 7 pagi sudah bersedia untuk sarapan. Jam 8 pagi kami sudah berada di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Owh! Sungguh penat dan letih. Tidak dapat digambarkan dengan kata- kata.
Setelah sampai, kami telah membuat pendaftaran. Jam 9 pagi taklimat di Dewan Tun Fatimah. Di sinilah wakil kami telah mencabut undi dan kami mendapat nombor 9 untuk pembentangan. Pembentangan dijadualkan pada jam 2 petang bertempat di Dewan Seri Melor.
tepat jam 3 petang, giliran kumpulan Bitara membentangkan hasil inovasi. Pembentangan selama 10 minit dibentang oleh Puan Faridah Bt Abdul Rahman, manakala demo dijalankan oleh Puan Mary Magdalene dan En Thanabalan a/l Muniandy. Alhamdulillah, pembentangan dapat dilaksanakan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.
Hari ini 19 September 2012, pada jam 8 hingga 10 pagi, kumpulan BITARA akan mengadakan pameran.
Kepada semua, doakan kejayaan Kumpulan BITARA.

t .
Semasa taklimat

Membuat persediaan untuk pameran.. Rakan-rakan pensyarah dari IPG KSAH turut membantu..Terima kasih yang tidak terhingga. Budi baik tuan puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang luar biasa...


Sunday, 16 September 2012

Persiapan Terakhir Kumpulan Bitara Ke Melaka

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Kumpulan BITARA sedang giat membuat persiapan terakhir umtuk ke Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM di Melaka pada 18-19 September 2012. Doakan kejayaan kami ye!!! Dalam persiapan terakhir banyak kerja-kerja telah dilakukan secara teliti bagi memenuhi kehendak juri di pertandingan tersebut.
Kumpulan BITARA akan diwakili oleh Encik Thanabalan a/l Muniandy, Puan Mary Magdalene dan Puan Faridah bt Abdul Rahman. Sedikit perubahan telah dibuat memandangkan pihak penganjur memerlukan 3 orang sahaja dalam pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, inovasi ini adalah hak cipta bersama rakan-rakan lain kerana ia dilakukan bersama-sama. Kumpulan BITARA IPG KSAH bukan lagi sekadar mewakili Jabatan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan. Kini kumpulan BITARA telah mewakili IPG KSAH ke peringkat kebangsaan.
Banyak nilai yang telah diperolehi dalam menjayakan inovasi ini. Keakraban sesama ahli terjalin dengan begitu indah sekali. Apa yang lebih penting, kita dapat melihat dan merasakan kepentingan dan keperluan sesama ahli. Semua ahli menyumbang tenaga dan idea, tidak kira masa atau kepentingan diri sendiri. Begitulah indah sekali kehidupan ini jika kita saling hormat-menghormati. Keputusan bersama yang diambil tidak sewenang-sewenangnya diubah kerana kita mengamalkan demokrasi. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, maka runtuhlah sesebuah organisasi itu.
Jauh di sudut hati kumpulan BITARA, kami mahukan yang terbaik, prestasi yang cemerlang agar kami dapat melestarikan apa yang dilaksanakan. Apa yang penting, perancangan yang bijak, dapat dilaksanakan dengan cemerlang agar dapat dimanfaat kepada semua warga pendidik dan anak-anak murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Tuesday, 4 September 2012

BITARA Mewakili IPG KSAH Ke Peringkat Kebangsaan di Melaka

Salam sejahtera,
Wow!! Sungguh tidak disangka-sangka selepas 2 hari pertandingan, kumpulan BITARA telah dipanggil oleh Pengarah dan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Inovasi & Kreativiti Peringkat IPG KSAH untuk memaklumkan bahawa kumpulan BITARA akan mewakili IPG KSAH ke peringkat kebangsaan yang akan  diadakan di Melaka pada 18 hingga 19 September 2012. 
Keputusan mesyuarat pada masa itu juga telah memutuskan bahawa 3 orang yang akan mewakili IPG KSAH iaitu Encik Thanabalan a/l Muniandy, Encik Tanabal a/l Desen dan juga saya sendiri, Puan Faridah bt Abdul Rahman.

Tahniah Kumpulan BITARA

Salam sejahtera,
Saya Puan Faridah bt Abdul Rahman yang mengendalikan Blog Kumpulan BITARA PJSS IPG KSAH  ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua ahli kumpulan BITARA yang telah menyandang Naib Johan dalam Pertandingan Inovasi & Kreativiti Peringkat IPG KSAH yang julung-julung kali diadakan. Buat permulaan kumpulan BITARA dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan IPG KSAH telah membuktikan bahawa KAMI BOLEH!!
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan, Encik Adenan bin Ahmad yang telah banyak memberi pandangan dan dorongan sepanjang kumpulan BITARA menjalankan proses inovasi ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan yang telah banyak membantu memberi pendapat dan pandangan demi memperkukuhkan lagi inovasi ini.
Juga tidak dilupakan, rakaman ucapan terima kasih buat Pengarah IPG KSAH, semua ahli jawatankuasa penganjur pertandingan ini dan individu yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Sesunguhnya, semua jasa kalian pasti kami tidak lupakan.

Monday, 27 August 2012

Pertandingan KIK IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Kumpulan Bitara akan menyertai satu pertandingan KIK peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 28 Ogos 2012 jam 8.30 pagi di Dewan Munsyi. Doakan kejayaan kumpulan Bitara.



Dalam proses menyiapkan bahan


                                           Sentiasa bertukar-tukar idea dan pandangan


     Percubaan tunjukcara


            Menguji alat ukur jangkauan melunjur sebelum dijalankan oleh murid mengikut cara semasa

Bagaimana Hendak Meghubungi Kami


Primary Contact Address:
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan,
Kampus Sultan Adul Halim,
Sg. Petani, Kedah.

Phone: 04-4218621 (245)
Fax: 04-4218582
Email: bitara@yahoo.com
Email: bitara.pjss@gmail.com
www.bitarapjss@gmail.com


Projek Kedua

Bagi projek kedua, kumpulan Bitara telah membuat beberapa penyelidikan, di mana tentang keperluan yang dikehendaki oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dalam menjalani ujian SEGAK di sekolah. Maka kumpulan Bitara telah mengambil inisiatif untuk mengorak langkah demi kehendak dan keperluan semasa. Atas keputusan mesyuarat, kumpulan Bitara memutuskan, bagi tahun 2012, kumpulan ini akan melaksanakan KIK yang bertema:

KE ARAH PENAMBAHBAIKAN
PENTADBIRAN DAN PEMARKAHAN
 UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
(SEGAK)


Sumbangan Kepada Kerajaan

Ujian Jangkauan Melunjur merupakan salah satu ujian yang penting dalam SEGAK. Ianya dapat menguji tahap fleksibiliti pelajar samada pelajar berada dalam tahap yang tinggi, sederhana atau rendah.  Diharapkan dengan inovasi ujian ini ia dapat mengurangkan masa murid menunggu, masa guru untuk memproses data mentah serta dapat meningkatkan hasil kerja guru serta mengurangkan beban kerja guru khususnya.